Thursday, March 31, 2011

SSM gubal akta naikkan pampasan

SSM gubal akta naikkan pampasan

KUALA LUMPUR: Akta Syarikat 1965 mempunyai peruntukan jelas memihak kepada pekerja sekiranya sesebuah syarikat itu digulung suatu perintah mahkamah, demikian menurut Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Menurut SSM dalam kenyataan semalam, apabila sesebuah syarikat itu digulung suatu perintah mahkamah, hak pekerja syarikat itu hendaklah dibayar mengikut keutamaan seperti yang terkandung di dalam Seksyen 292 (1) akta berkenaan.


“Untuk memastikan kepentingan dan kesejahteraan pekerja terus dilindungi, SSM sedang menggubal rang undang-undang syarikat yang baru dan akan membuat cadangan untuk menaikkan kuantum gaji dan upah yang berhak diberi keutamaan daripada peruntukan subseksyen 292(1)(b) berjumlah RM1,500 kepada RM15,000.